KHAMIS. 28HB MEI 2009M BERSAMAAN 3 JAMADILAKHIR 1430H

Pada hari ini 2 orang guru SUDB memberikan kongsi sama pembentangan mereka sewaktu menghadiri sesi kongsi sama kaedah mengajar mata pelajaran ugama di sekolah-sekolah ugama bertempat di Institut Tahfiz Al Quran Bsb. Antara tajuk-tajuk yang dikongsikan bersama ialah Mata pelajaran tajweed,taharah,zakat,haji,Al quran rendah bawah dan atas yang di sampaikan oleh yang mulia cikgu Pg Yusra B Pg Haji Yusof bersama Cikgu Afdah Bt Mahdi.

Sebelum itu Bacaan Surah Al fatihah dimulakan oleh yang mulia cikgu Pg Yusra B Pg Haji Yusof









Dengan penuh perhatian Cikgu Abd Wafi memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika sesi kongsi sama dijalankan.


Antara reaksi yang penuh semangat ketika Cikgu Pg yusra memberikan penerangannya kepada guru-guru.






Sejurus saja selesai sesi kongsi sama, Yang mulia Cikgu Hajah Suraya Bt Haji Salim ( GB ) juga turut sama memberikan serba sedikit ucapan dan penerangan serta beberapa nasihat yang membina kepada semua guru-guru SUDB.


"Sepakat membawa berkat"
sekian :)


Guru SUDB Berhijrah Ke Bilik Rehat Yang Baru..

Khamis. 20 MEI 09M Bersamaan 26 JamadilAwal 1430H.
Pada hari ini Guru & Murid-murid SUDB bersama-sama membersihkan dan juga mengemaskini kan segala perkakas dan barang keperluan yang terdapat di bilik rehat guru-guru (Block B) yang telah pun diarahkan untuk berpindah ke bilik rehat yang baru (Block A Tingkat 2).
Keadaan Bilik rehat guru yang lama sebelum dikosongkan.
Telah pun dikemaskan lebih awal dan disimpan kedalam kotak.

Guru Besar dan Guru Kanan I juga dengan penuh semangatnya turut bersama-sama mengemaskan segala keperluan yang terdapat di bilik pentadbiran Guru Besar SUDB.

Disamping itu juga dibantu dengan murid-murid SUDB.




Keadaan Bilik Pentadbiran dan bilik rehat Guru Yang Baru.





Disamping itu juga Murid-murid dihidangkan dengan minuman sejuk

Selesai sahaja Guru-guru dan murid-murid rehat dan menunaikan sembahyang berjemaah fardhu Asar, kerja-kerja pemindahan diteruskan..
Keadaan bilik rehat guru yang lama.


Hmmmm.......Baru ya!!


Dalam pada masa yang sama juga kempen kebersihan di seluruh persekitaran SUDB juga dilakasanakan.

Cikgu Pg Yusra dengan perihatinnya memberikan arahan untuk berhati-hati ketika mengangkat benda yang berat.

Beginilah Keadaan bilik rehat guru yang lama setelah dikosongkan :)
Dan Walau bagaimanapun keadaan bilik rehat guru yang baru pada masa ini masih lagi didalam kerja-kerja penyusunan dan pengubahsuaian....
Sekian.Wassalam...

SABTU, 09 Mei 2009M Bersamaan 14 Jamadiawal 1430H
Pada Hari Ini Jam: 2.15 Ptg, Bertempat Di Dewan Mutiara Sekolah Ugama Dato Basir Lambak Kanan Berlangsungnya Taklimat Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Darjah VI Bagi Tahun 1430H / 2009M.
Taklimat Tersebut Disampaikan Oleh Yang Mulia Ustazah Hajijah Binti Haji Moktal. Ketua Bahagian peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Acara Dimulakan Dengan Bacaan Surah Al Fatihah Yang Diketuai Oleh Yang Mulia Guru Kanan Al Quran SUDB Cikgu Suhnoromardi Bin Haji Suhaimi.



Para Ibu Bapa Dan juga penjaga murid dengan penuh perihatin mendengarkan taklimat yang disampaikan.






Sekian.