KHAMIS. 22 RABUIAWAL 1430H BERSAMAAN 19 MAC 2009.
Hari ini seluruh keluarga SUDB mengadakan kempen kebersihan sempena akhir persekolahan panggal 1 tahun 2009. Dimana seluruh sekolah di negara ini akan memulakan percutian mereka bermula esok 20 mac 2009 bagi cuti tahunan panggal 1 dalam tahun ini.

Sembahyang zohor berjemaah di laksanakan sebelum aktiviti kempen kebersihan dimulakan

Guru Besar, Penolong Guru Besar bersama dengan dua orang guru kanan membuat sedikit perbincangan sebelum aktiviti dijalankan.

Guru Kanan II Yang mulia Cikgu Wajidi Bin Haji Ahmad memberikan sedikit penerangan dan juga mengarahkan murid-murid untuk mengikuti zon kawasan yang telah pun diaturkan bersama dengan guru pengawas masing-masing.














Sejurus selasai kempen kebersihan acara diselajurkan dengan menikmati jamuan di bilik rehat guru-guru SUDB, Dan disamping itu juga 2 orang guru telah pun diraikan kerana menyambut hari ulang tahun mereka dalam bulan ini.

Sebagai lazimnya acara pemotongan kek di lakukan kepada 2 orang guru yang diraikan..

Yang Mulia Cikgu Pg Noraini Binti Pg Md Daud

Yang Mulia Cikgu Haji Mohd Syukri Bin Haji Aji


Acara diteruskan dengan perjumpaan di antara Guru Besar bersama dengan guru-guru SUDB di bilik pentadbiran Guru Besar. Beberapa agenda telah pun dibincangkan di dalam perjumpaan ini.
Antara perbincangan yang disentuh dan ditekankan oleh guru besar ialah mengenai dengan kehadiran guru waktu bertugas, kehadiran waktu murattal (di adakan setiap hari khamis sebelah pagi), mengenai ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan dan juga beberapa tugas harian guru-guru.

Dan disamping itu juga selaku pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang mulia Cikgu Norhalijah Binti Haji ismail kerana telah dilantik menjadi Penolong Guru Besar SUDB bermula 30 mac 2009 ini. Maka jawatan Guru kanan I di pegang oleh Yang Mulia Cikgu Pg Noraini Binti Pg Md Daud, manakala Guru Kanan II Di pegang Oleh Yang Mulia Cikgu Wajidi Bin Haji Ahmad.



sekian.

JUMAAT, 16 RABIUAWAL 1430H BERSAMAAN 13 MAC 2009.
Kira-kira lebih kurang seramai 300 orang guru ugama dari kawasan Brunei II menghadiri majlis yang berkebajikan iaitu Majlis Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan bertempat di Dewan Sekolah Ugama Dato Basir Brunei II Lambak Kanan. Majlis ini Diadakan pada hari jumaat bermula pada jam 2.00 petang. Tajuk Ceramah yang di sampaikan ialah "ULAMA PEWARIS ANBIYA" penceramah yang diundang khas dari pusat dakwah islamiah iaitu Yang Mulia Ustaz Haji Anwari Bin Haji Rawi. Acara ini telah dikendalikan bersama oleh Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei II.

Tetamu Kehormat yang diundang bagi Majlis kebajikan ini ialah Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah Binti Haji Abd Ghani, Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam,KHEU. Dimana beliau juga turut sama memberikan sedikit ucapan dan juga nasihat kepada para hadirin dan hadirat yang hadir pada majlis tersebut.

Yang Mulia Tuan Penceramah menceritakan tentang keperibadian dan akhlak Rasulullah Dalam menyebarkan dakwah islam Di Zaman Jahiliah dengan penuh cabaran dan kesabaran yang menyentuh di hati setiap pendengar yang hadir pada hari tersebut..antara lainnya beliau juga ada menerangkan detik-detik ketika Rasulullah menghadapi Sakaratul maut.

"Hadirkanlah Di dalam Hati Rasa Cinta Terhadap Rasulullah" kata-kata inilah yang sering di lafazkan oleh Tuan Penceramah kepada para hadirin dan Hadirat Di majlis tersebut...beliau mengharapkan agar setiap individu yang bergelar islam akan dapat menanamkan rasa kasih dan sayang terhadap Rasulullah dan sering lah berselawat keatasnya...


Keadaan Dewan SUDB Menjadi sunyi sepi buat seketika mendengarkan ceramah yang disampaikan...

Sejurus sahaja selasai ceramah disampaikan acara disemarakkan lagi dengan persembahan tausyeh terdiri dari gabungan guru-guru ugama dan juga diselajurkan dengan persembahan dzikir Asyraqal beramai-ramai...




Selasai sahaja penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan serta tetamu kehormat majlis, majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Yang mulia Pengiran Haji Kahar Bin Pengiran Badaruddin dan diikuti dengan menikmati jamuan yang telah disediakan.

sekian

Majlis Penutup Dzikir Syarafil Anam

SABTU. 07/03/09M Bersamaan 10 Rabiulawal 1430H
Upacara Majlis penutup Dzikir Syarafil Anam telah pun diadakan pada hari ini yang melibatkan kesemua keluarga SUDB, acara ini berlangsung pada jam 3.30pm dan dalam acara ini juga dilangsungkan perarakan berjalan kaki sempena menyambut maulidur Rasul yang dilaksanakan oleh kesemua guru dan murid lelaki khas nya. Manakala guru perempuan dan murid perempuan berkumpul di dewan mutiara SUDB bagi acara berselawat keatas junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.


Murid-murid dengan penuh bersemangatnya melaungkan selawat keatas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Acara perarakan berjalan kaki ini diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Pengiran Haji Md Yusra Bin Pengiran Haji Md Yusof bersama dengan guru lelaki yang lain.


Dalam pada waktu yang sama di dewan mutiara SUDB murid perempuan turut berselawat dan di ketuai oleh Yang mulia Cikgu Mariahyati Binti Othman bersama dengan guru perempuan yang lainnya. Sambil menunggu ketibaan murid lelaki selesai berarak.



Selasai sahaja sembahyang berjemaah acara dzikir syarafil anam dimulakan dan dipimpin oleh guru lelaki dan juga perempuan.




Dewan Mutiara SUDB Bergema Dengan Laungan kalimah yang suci.

Disamping itu juga beberapa orang guru menyediakan sedekah campuran yang akan di agihkan kepada semua murid-murid SUDB.


Yang Mulia Guru Besar, Cikgu Hajah Suraya Binti Haji Salim memberikan wangian kepada semua murid-murid SUDB.

Juga Di ikuti Bersama Guru Kanan I Yang mulia Cikgu Hajah Norhalijah Binti Haji Ismail.

Guru Kanan II Yang Mulia Cikgu Pengiran Noraini Binti Pengiran Md Daud juga sedang asyik Memberikan wangian kepada murid perempuan.
Dan Selesai acara Dzikir Syarafil Anam Majlis di meriahkan lagi dengan pengagihan campur kepada murid-murid SUDB.




Senyuman mereka yang menandakan keikhlasan dan kegembiraan menyambut kedatangan hari kelahiran Rasulullah yang tercinta. Dan mereka juga lah yang akan meneruskan dan menjadi penyambung Dakwah Rasulullah di masa akan datang ..
Semoga Dengan adanya majlis ini kita semua mendapat Syafaat daripada Rasulullah S.A.W dan mendapat hidayah jua daripada Allah Subhanahu Wataala...Amin.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Semoga Bertambah Lagi Cinta Kita Kepada Baginda.