Kempen Kebersihan Dan Perjumpaan Guru Besar Bersama Guru-guru SUDB
Posted by Su.Dato Basir Lambak Kanan at 7:25 PGHari ini seluruh keluarga SUDB mengadakan kempen kebersihan sempena akhir persekolahan panggal 1 tahun 2009. Dimana seluruh sekolah di negara ini akan memulakan percutian mereka bermula esok 20 mac 2009 bagi cuti tahunan panggal 1 dalam tahun ini.
Sejurus selasai kempen kebersihan acara diselajurkan dengan menikmati jamuan di bilik rehat guru-guru SUDB, Dan disamping itu juga 2 orang guru telah pun diraikan kerana menyambut hari ulang tahun mereka dalam bulan ini.
Acara diteruskan dengan perjumpaan di antara Guru Besar bersama dengan guru-guru SUDB di bilik pentadbiran Guru Besar. Beberapa agenda telah pun dibincangkan di dalam perjumpaan ini.
Dan disamping itu juga selaku pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang mulia Cikgu Norhalijah Binti Haji ismail kerana telah dilantik menjadi Penolong Guru Besar SUDB bermula 30 mac 2009 ini. Maka jawatan Guru kanan I di pegang oleh Yang Mulia Cikgu Pg Noraini Binti Pg Md Daud, manakala Guru Kanan II Di pegang Oleh Yang Mulia Cikgu Wajidi Bin Haji Ahmad.