Beberapa orang guru serta murid SUDB berkunjung ke pameran dan juga jualan pesta buku Brunei 2009, iaitu ianya diadakan bagi sempena sambutan jubli perak hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 25. Pesta buku ini telah dianjurkan oleh jabatan dewan dan pustaka bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Manakala Majlis Pembukaan Rasminya diadakan pada: Sabtu, 28hb Februari 2009 jam 9.00 oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pesta buku ini telah diadakan bermula pada Jumaat, 27hb Februari 2009 hingga Ahad, 8hb Mac 2009 pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam (Setiap Hari) & 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 10.00 malam (Jumaat)





Di samping itu juga ianya turut dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti seperti peraduan mari bercerita, kuiz, ceramah dan banyak lagi yang bukan hanya di ajukan kepada murid-murid malah kepada guru-guru dan juga para hadirin yang berkunjung ke pesta pameran tersebut.
Murid-murid mengambil bahagian dalam kuiz seperti meneka rempah, meneka beberapa jabatan di Negara Brunei Darussalam, Meneka Tempat Dan kawasan dan banyak lagi soalan yang menarik di ajukan.


Bersebelahan dengan bangunan pameran buku tersebut terdapat lagi sebuah ruang ataupun galleri yang menempatkan karia2 seni atau pun alat-alat electronik yang di pamerkan dan dijual. Antaranya ialah seperti Seni lukisan, seni tulisan khat dari Cina, Alat mesin Elektronik, Al-quran digital dan lain-lain nya.
SUDB hari ini telah memulakan Dzikir syarifil anam bagi majlis sambutan Maulidur rasul yang akan berlangsung pada 9/03/09M Bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1430H iaitu pada hari isnin akan datang. Dzikir Syarafil anam ini diadakan di dewan mutiara bersama dengan murid-murid SUDB apabila selasai sahaja menunaikan sembahyang fardhu asar berjemaah.
Guru-guru perempuan SUDB
Seramai 500 lebih orang pelajar bersama-sama melaungkan selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihiwasalam



Pada hari ini juga Sejurus sahaja selasai majlis berdzikir acara diteruskan dengan jamuan bagi guru-guru serta bacaan doa selamat bagi meraikan beberapa orang guru yang menyambut hari ulang tahun mereka pada bulan lalu. Sambutan ini diadakan di bilik pentadbiran guru besar dan telah dirahsiakan dan dirancang lebih awal yang mana guru-guru berkenaan sendiri pun sama sekali tidak mengetahuinya. Bermacam-macam jaudah ataupun hidangan disediakan oleh guru-guru SUDB.
Bacaan Surah Al Fatihah dan Doa selamat telah diketuai oleh Guru Kanan Al Quran Yang mulia Cikgu Suhnuromardi bin haji Suhaimi.
Antara guru-guru yang diraikan ialah Yang mulia Cikgu Haji Salman Bin Haji Husin, Cikgu Abd Wafi Bin Haji Ahmad, Cikgu Mariahyati Binti Othman dan juga Yang mulia Guru Besar SUDB Cikgu Hajah Suraya Binti Haji Salim
Disamping itu juga diteruskan dengan penyampaian cendera hati yang disampaikan oleh Guru Besar SUDB kepada guru yang telah selamat melahirkan cahaya matanya yang pertama iaitu Yang mulia Cikgu Noraisah Binti Haji Ma'arob.
Sebagaimana lazimnya, Sebelum menikmati jamuan acara pemotongan kek sambil melaungkan ucapan selamat kepada guru-guru yang diraikan...
"Guru-guru SUDB ingin Mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kepada Guru-guru Yang Diraikan Semoga Dipanjangkan umur, Dimurahkan rezeki, mendapat Rahmat Dan Kesejahteraan Dari Allah Subhannahu Wataala dan sukses Di Dalam Kehidupan"
Selain sedekah Senyuman itu juga membawa keceriaan dan ketenangan didalam kehidupan
-mulakanlah hari awda dengan senyuman-
Pada hari ini guru dan murid-murid SUDB telah pun mengadakan upacara menaikan bendera sempena meraikan Sambutan Jubli Perak hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 tahun. Acara ini dilaksanakan sejurus sahaja selasai menunaikan sembahyang fardhu zuhur berjemaah dan ianya berlangsung di kawasan perbarisan murid dan sambil melaungkan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Disamping itu juga di dewan mutiara SUDB acara ini diteruskan dengan membaca surah yasin dan doa memohon perlindungan keselamatan dan kesejahteraan bagi rakayat dan Negara Brunei Darussalam. Acara ini juga diselajurkan dengan perlantikan dan penyampain pass ketua murid bagi pelajar-pelajar SUDB bagi tahun 2009.
Yang mulia Cikgu Hajah Nor Halijah Binti Haji Ismail selaku Guru kanan I juga merupakan ketua pengawas disiplin dan ketenteraman telah memberikan sedikit penerangan dan nasihat tentang tanggung jawab sebagai ketua murid kepada murid yang telah terpilih.
Pada hari ini juga salah seorang pelajar SUDB Siti Fatimah Zahra Binti Haji Jeffry dari darjah 6 Alif telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan tafsir Al-quran bagi sekolah-sekolah ugama kawasan brunei II peringkat pemilihan. SUDB telah membawa tajuk syarahannya iaitu "Al-quran Sumber Kekuatan Umat". Sebanyak 28 buah sekolah ikut serta dalam peraduan ini. Ianya diadakan bertempat di Sekolah Ugama Dato Yasin mentiri dan juga peraduan ini dipertandingkan selama dua hari. SUDB menjadi peserta yang ke 19 di hari pertama pertandingan.
-Mendidik Anak Bangsa Berteraskan Keimanan-
Subscribe to:
Catatan (Atom)



