Aktiviti Penghapusan Kitab-kitab Lama 2009

Rabu. 04/02/09 -Pembuka Tirai 2009-.

Beberapa orang guru dari sekolah ugama dato basir telah pun diarahkan untuk menghapuskan kitab-kitab lama, yang mana penghapuskan tersebut diadakan bertempat sekolah ugama sengkarai Tutong. Aktiviti penghapusan kitab ini diketuai oleh guru besar sekolah ugama dato basir sendiri bersama dengan empat orang guru, iaitu Cg Wajidi, Cg Izrandi, Cg Abd Wafi Dan Cg Hj Shukri.



Aktiviti ini bermula pada jam 9.30 am yang juga melibatkan beberapa buah sekolah ikut serta dalam penghapusan kitab-kitab lama ini. Penghapusan ini dilakukan secara berkelompok mengikut sekolah dan kitab masing-masing. Sekolah ugama dato basir telah pun menghapuskan kitabnya dalam kiraan kasar sebanyak 2000 lebih buah kitab yang telah pun rosak dan diluluskan oleh pihak berkenaan untuk dihapuskan.




Walaupun terdapat bermacam-macam masalah yang timbul seperti jentera penggali lobang terkandas, hujan renyai-renyai yang berkala, panas yang menusuk...namun semua itu bukan lah menjadi penghalang untuk kami bekerja. Sekian.
-Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh-.




0 Comments:

Post a Comment